Warkah ini ditulis dengan keikhlasan dan kasih sayang yang membuak oleh si penulis terhadap sahabatnya, maka saya rasa ingin berkongsi warkah yang entah milik siapa ini dengan kalian semua, mudah-mudahan membawa erti buat kita dalam memahami erti sahabat sejati...
Warkah bermula... ERTI DOA SEORANG SAHABAT
Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama… menuju ke suatu tempat. Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong…Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi… Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan… Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing… Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah… Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman kepadanya… Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah… Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun…. Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula…Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya… Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ… Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah…Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah… “Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…” Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya… Dengan taqdir Allah, tiba-tiba dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut…Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu… Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan… Lalu orang tua itu menegur, “Mana sahabatmu yang seorang lagi???” Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu… “Sahabat yang mana satu?” “Sahabatmu yang di pulau itu..” Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut….Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung…. “Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!” kata pemuda itu lagi. Lantas orang tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…” “Apa doanya?” pemuda bertanya sedikit teruja.. “Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…” Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan…. Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar…. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia… Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan…. “Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”
Warkah tamat...
Hm...indahkan kandungan warkah tersebut...Hanya sanya di warkah itu tidak tercatat jawapan daripada sahabat si penulis warkah. Kalaulah kita dapat mengetahui pula jawapan dari sahabatnya itu... Bagaimana agaknya mereka sekarang. Mudah-mudahan mereka menjadi sahabat fillah... Dan mudah-mudahan kita juga mempunyai sahabat sebaik sahabat pemuda yang di dalam cerita itu...Amin..
Buat sahabat yang bernama SITI SUHANA dan SYAMZURINA
saya doakan moga anda berdua mencapai kejayaan di tempat baru dan berbahagia bersama keluarga yang tercinta. Moga persahabatan kita kekal abadi buat selamanya....amin...JAUH DIMATA DEKAT DI HATI
JOM KONGSI
Selamat Datang
Thursday, November 3, 2011
Wednesday, October 5, 2011
BOSAN KAH AKU?
"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)
Monday, August 1, 2011
RAMADHAN DATANG LAGI....
ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan takbir... syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...
Tuesday, July 19, 2011
TANGISAN & AIR MATA
SUMBER DARI http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=24869&st=100&start=100
tangisan dan airmata Wahai sahabatku ,ini adalah bingkisan dariku utk tatapan dan utk pedoman seharian kita dimuka bumi ini.....
jenis-Jenis Air mata
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.
Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezEki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1 ."Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2 .Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 4 . dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu." sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Thursday, June 16, 2011
AL-FATIHAH...16 JUN ..Dalam Kenangan
(Ditujukan buat arwak emak yang dirindui & dikasihi sepanjang hayat…)Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa…
Al-Fatihah…
Wednesday, June 15, 2011
Merajuk?
Best nya baca nukilan dari http://www.tentangcinta.com/?s=merajuk
Ini lah cerita nya......
Ini lah cerita nya......
Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata "manis"Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.Sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan, anda boleh berkongsi dengan kami dalam ruangan Ungkapan Cinta di bawah. Semoga si Dia tersenyum kembali!
Tuesday, May 10, 2011
selamat hari ibu buat arwah mak....i love u mak! al-Fatihah...
Tanggal 16.06.2008 , mak telah meninggal kan kami buat selama-lama nya. Gambar ini di ambil seminggu sebelum arwah mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Al-fatihah buat allahyarhammah Rabiaah...kami anak2 mak semua sayang mak. Ya Allah cucurilah rahmat ke atas roh ibu ku...amin.
Doa Buat Ibu Bapa..
Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.
Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.
Tuesday, May 3, 2011
apa pun yang terjadi....berjalan lah tanpa henti....
Apapun yang terjadi ...Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan...Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu..Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini...Pelajaran yang berartiNanti kita kan tahu..Betapa bijaknya hidup
Semoga kepergianmu..Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan..Kesepianku
Nanti kita kan tahu...Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini...Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu...Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan...Kesepianku
Semoga kepergianmu...Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan ...Kesepianku
Semoga kepergianmu...Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan ...Kesepianku
Apapun yang terjadi ....Berjalanlah tanpa henti
Monday, April 18, 2011
GUD LUCK ANAK2 MURID....
18 aPRIL 2011...Start exam paper maths....paper aku plak tu....hikhik...harap2 mereka dpt menjawab soalan dengan jaya nya...chaiyok2!!!!
Wednesday, March 30, 2011
al-Fatihah buat baby Muhammad binti Zubaidah....29.03.2011...
Tanggal 29.03.2011 jam 2.30 pagi, aku dikejutkan dengan berita pemergian anak saudaraku(Muhammad binti Zubaidah) yang terpasa dilahirkan tidak cukup bulan. Sesungguhnya ibunya telah pun meredhakan pemergian anak ini kerana penderitaannya yang ditanggung sangat menyayat hati. Anak ini pun sudah dijamin menjadi ahli syurga kerana suci daripada dosa. Bagi aku, jika anak kecil pulang ke rahmatullah, tak perlulah kita nangis beriya tetapi tangisilah diri sendiri yang penuh dengan dosa yang belum tentu dapat mencium bau syurga.. Marilah bersama-sama menghadiahkan kuntuman doa buat anak kecil yang suci ini..al-Fatihah......
PUISI BUAT MALAIKAT IBU
Suatu ketika seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia
Menjelang diturunkan dia bertanya kepada Tuhan,
para malaikat disini mengatakan " Bahwa besok engkau kan mengirimku ke dunia
Tapi bagaimana cara saya hidup disana “ Saya begitu kecil dan lemah “ kata si Bayi
Tuhan Menjawab “ Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan mengasihimu
" Tapi di Syurga apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ” ini cukup bagi saya untuk bahagia” demikian kata si Bayi
Tuhanpun menjawab ” Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum setiap hari untukmu
dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia
Si Bayipun bertanya kembali ” Dan apa yang dapat saya lakukan, saat saya ingin berbicara kepadaMU"
Sekali lagi Tuhan Menjawab ” Malaikatmu akan mengajarkan, bagaimana cara kamu berdo’a
Si bayipun belum puas. Iapun bertanya lagi “ Saya mendengar bahwa dibumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya ?
Dengan penuh kesabaran Tuhanpun menjawab
“ Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun"
Sibayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya
“ Tapi saya akan bersedih karena tidak melihat Engkau lagi"
Dan Tuhanpun menjawab lagi “ Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana cara kamu bisa kembali kepadaKU, walaupun seseungguhnya aku selalu berada disisimu
Saat itu syurga begitu tenangnya, sehingga suara dariu bumi dapat terdengar, dan sang anak dengan suara lirih bertanya
" Tuhan ..jika aku harus pergi sekarang. Bisakah engkau memberitahuku, siapa nama malaikat dirumahku nanti
Dan Tuhanpun menjawab, kamu dapat memanggil malaikatmu ...IBU

Friday, March 18, 2011
KEINDAHAN JUMAAT
JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
- Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
- Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Wednesday, March 16, 2011
nukilan rindu buat bonda tercinta...
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Ya Allah,sejahterakanlah ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarganya serta para sahabat yg sentiasa bersama Baginda dalam berjuang mempertahankan agamaMU...segugus salam kasih, rindu buat arwah bonda yg amat2 diri ini sayangi...apa khabar dia disana agaknya?....ku doakan moga bonda berada dlm lingkungan rahmat & kasih sygNYA....
duhai bonda permata hatiku,
amanlah bonda di 'sana', di alam yang kekal & paling istimewa pada mereka yang beriman & beramal soleh...
anakanda sentiasa mendoakan kesejahteraan bonda di sana, rindunya diri ini tidak tertanggung dek jiwa...moga suatu 'hari' nanti Allah mempertemukan kita semula...anakanda teringin memeluk bonda...anakanda rindu,benar2 rindu....ampunkan segala kesalahan anakanda selama anakanda berada di bawah amanah bonda, jasa & pengorbanan bonda takkan anakanda lupa hingga akhir hayat....
salam kasih, rindu dan cinta buat bonda ratu hatiku....AL-FATIHAH.....
Monday, March 14, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)