JOM KONGSI

Selamat Datang

Tuesday, June 26, 2012

Melawan Kesepian...2012....episod demi episod....

Assalammualaikum....mengenang kembali pada tanggal    16 Jun 2008...Ibu ku kembali ke rahmatullah...genap 4tahun arwah mak meninggalkan kami sekeluarga...moga Allah cucuri rahmat ke atas roh ibu ku...al-Fatihah....



16 Jun 2012 juga aku telah beralih angin ke tempat baru...adakah ini tarikh keramat buat ku???? Wallahualam....Allah Maha Mengetahui ape yang akan terjadi episod seterusnya.... Genaplah juga 4tahun 6bulan 16 hari aku di sini.....


Kepada warga PBS...aku menyusun 10 jari memohon maaf sepanjang perkenalan kita...Apa pun yang terjadi berjalan lah tanpa henti....
Alangkah indah kehidupan ini
Seandai engkau terus bersamaku
Kiranya aku menyinggung hatimu
Maafkan diriku...
Andainya aku hilang di matamu.......Ingatku dalam Doamu...

Sajak buat sahabat seperjuangan…

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
Serpih demi serpih ia punah, 
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,Tetapiperjuangan kita tiada penghujungnya,

Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku.. 
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,

Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, 
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku.. 
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah, 
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

jadilah sahabat yang baik… 
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.









Monday, March 19, 2012

Ayah Ibu

Ayah Ibu

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama
Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu
 

Thursday, November 3, 2011

Sahabat...AKU SEDIH....

Warkah ini ditulis dengan keikhlasan dan kasih sayang yang membuak oleh si penulis terhadap sahabatnya, maka saya rasa ingin berkongsi warkah yang entah milik siapa ini dengan kalian semua, mudah-mudahan membawa erti buat kita dalam memahami erti sahabat sejati...
Warkah bermula... ERTI DOA SEORANG SAHABAT
Terdapat seorang pemuda bersama sahabatnya yang menaiki sebuah kapal yang sama… menuju ke suatu tempat. Dengan taqdir Allah, kapal yang dinaiki telah terbocor, lalu mula karam sedikit demi sedikit… Alhamdulillah, lalu kedua-dua mereka berenang dan terus berenang untuk menyelamatkan diri, hinggalah tiba di sebuah pulau yang sunyi lagi kosong…Ternyata, pulau tersebut tiada berpenghuni, malah kering kontang tiada sebarang pohon dan wadi… Mereka terus saja bersama, berdoa dan berdoa kepada Allah mudah-mudahan diberi jalan keluar, atau paling tidak diberi makan dan minum untuk meneruskan hidup…Namun, setelah sekian lama, sepertinya doa mereka masih belum dimakbulkan Tuhan… Sehinggalah suatu hari pemuda tersebut berasa hampir putus asa…Lalu mencadangkan kepada sahabatnya agar mereka memisahkan tanah pulau tersebut kepada dua daerah, dan mereka tinggal di daerah masing-masing… Pada fikirannya, mungkin salah seorang daripada mereka orang yang jauh dengan Tuhan, lalu kerana itulah doa mereka belum dimakbulkanNya…Sahabatnya hanya mengangguk bersetuju tanpa membantah… Bermulalah kehidupan mereka secara berasingan…Si pemuda mula berdoa kembali kepada Tuhan… memohon agar diberikan minuman kepadanya… Di taqdirkan Allah, kawasan tanahnya mula mengeluarkan beberapa pancutan air mata air dari tanah… Alangkah gembiranya pemuda itu, lalu dia menjenguk ke daerah sahabatnya, dan dilihat tanah di situ masih kering kontang tanpa setitis airpun…. Pemuda itu terus lagi berdoa kepada Allah, kali ini dia memohon semoga Allah memberikannya makanan pula…Dengan izin Allah, beberapa pohon buah-buahan mula tumbuh dan hidup subur di tanah daerahnya… Sekali lagi dia menjeguk ke daerah sahabatnya, dan dilihatnya tiada sebatang pohon pun yang berdiri di situ..Masih sama kering kontang dan lapang seperti hari pertama mereka tiba di situ… Sekarang, dia mula yakin bahawa doa-doanya kini memang dimakbulkan Allah….dan sebaliknya doa-doa sahabatnya itulah yang tidak dimakbulkan Allah…Dan tahulah dia mengapa semasa mereka tinggal bersama, doa-doa mereka tidak dimakbulkan Allah… “Pasti kerana dia itu seorang yang jauh dengan Tuhan…kerana itulah doanya tidak dimakbulkan…” Lalu, pemuda itu dengan keyakinan bahawa doanya sentiasa termakbul, terus berdoa meminta, meminta dan meminta pelbagai lagi…Hinggalah kemuncaknya, pemuda itu memohon kepada Allah agar dapat keluar dari pulau itu dan kembali ke perkampungannya… Dengan taqdir Allah, tiba-tiba  dilihatnya ada sebuah perahu hanyut tanpa tuan menghampiri pulau tersebut…Dengan perasaan gembira yang amat sangat, dia pun menaiki perahu tersebut lalu meninggalkan pulau itu… Setibanya di kampung halaman, dia bertembung dengan seorang tua yang sangat terkenal alim dan warak di kampungnya itu…Orang tua itu memandangnya dengan penuh kehairanan… Lalu orang tua itu menegur, “Mana sahabatmu yang seorang lagi???” Pemuda itu jadi kaget, tapi berusaha untuk berlagak biasa, lalu bertanya kembali kepada orang tua itu… “Sahabat yang mana satu?” “Sahabatmu yang di pulau itu..” Terkejutlah pemuda itu pabila mendengarkan jawapan orang tua tersebut….Lalu pemuda itu menceritakan kepada orang tua itu kisah dari mula dia sampai hinggalah hari dia mendapatkan perahu yang membawanya pulang ke kampung…. “Lalu, apakah saya harus menolong membawa pulang sahabat saya itu, sedangkan Allah sendiri tidak memakbulkan doanya?!” kata pemuda itu lagi. Lantas orang tua tersebut pun menjawab… “Tahukah engkau, sesungguhnya sahabatmu itu hanya ada satu doa sepanjang dia di pulau itu, dan satu-satunya doa beliau telah pun di makbulkan kesemuanya oleh Allah…” “Apa doanya?” pemuda bertanya sedikit teruja.. “Sesungguhnya, sepanjang waktu, dia hanya meminta agar Allah memakbulkan semua doa-doamu yang sedang di dalam kesusahan dan kegelisahan…Dan sesungguhnya satu-satunya doa beliau itu telahpun diperkenankan oleh Allah…” Maka terduduklah pemuda itu, merasa terharu dan keinsafan…. Subhanallah… masyaAllah… Allahu Akbar…. Bertuahnya pemuda itu mempunyai seorang sahabat yang semulia itu…alangkah bertuahnya … alangkah bertuahnya.. alangkah bertuahnya dia… Maka, Saya akhiri kisah hidup pemuda itu dengan satu pertanyaan…. “Apakah tuan yang mulia sudi menjadi sahabat saya…dan sudi memberikan saya peluang menumpang barakah tuan…?”

Warkah tamat...

Hm...indahkan kandungan warkah tersebut...Hanya sanya di warkah itu tidak tercatat jawapan daripada sahabat si penulis warkah. Kalaulah kita dapat mengetahui pula jawapan dari sahabatnya itu... Bagaimana agaknya mereka sekarang. Mudah-mudahan mereka menjadi sahabat fillah... Dan mudah-mudahan kita juga mempunyai sahabat sebaik sahabat pemuda yang di dalam cerita itu...Amin..

Buat sahabat yang bernama SITI SUHANA dan SYAMZURINA
saya doakan moga anda berdua mencapai kejayaan di tempat baru dan berbahagia bersama keluarga yang tercinta. Moga persahabatan kita kekal abadi buat selamanya....amin...JAUH DIMATA DEKAT DI HATI

 

Wednesday, October 5, 2011

BOSAN KAH AKU?

"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI....

ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan takbir... syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...

Tuesday, July 19, 2011

TANGISAN & AIR MATA

SUMBER DARI http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=24869&st=100&start=100

tangisan dan airmata Wahai sahabatku ,ini adalah bingkisan dariku utk tatapan dan utk pedoman seharian kita dimuka bumi ini.....

jenis-Jenis Air mata

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis
.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An
Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia
tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau tangis kerana takut akan azab
dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air
mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.

Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezEki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua
:
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1 ."Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2 .Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 4 . dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."
sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Thursday, June 16, 2011

AL-FATIHAH...16 JUN ..Dalam Kenangan



(Ditujukan buat arwak emak yang dirindui & dikasihi sepanjang hayat…)Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa…
Al-Fatihah…